Kelas Pemulihan Tuna Harapan

Tuesday, 17 July 2012

Pengamatan


Amati gambar dibawah. Apakah yang anda lihat?








DEFINISI PENGAMATAN

“Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.”
                                                                                                             (Mohd. Salleh Lebar, 1995)


PROSES PENGAMATAN

Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun “dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat.



Apa yang menyebabkan proses pengamatan tidak berlaku? Di antaranya ialah:
i. Gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan).
ii. Keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit.
iii. Kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.


JENIS PENGAMATAN


Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan ‘apa yang dapat dilihat dengan mata’. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia.

Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama, iaitu:
4.1 Pengamatan Auditori
4.2 Pengamatan Visual
4.3 Pengamatan Kinestetik-Tactile



Sumber:  Bahan kursus PGSR kertas PKP 3104.








0 comments:

Post a Comment