Kelas Pemulihan Tuna Harapan

Tuesday, 17 July 2012

Uji Minda 2

Mari Jawab Teka-Teki Ini......!


1.  Banyak-banyak buku, buku apakah yang terletak di kaki?
     a)  Buku lima
     b)  Buku lali
     c)  Buku kerja

2.  Banyak-banyak tali, tali apakah tidak boleh dilihat?
     a)  Tali kasut
     b)  Tali guni
     c)  Tali perut

3.  Banyak-banyak haiwan, haiwan apakah ekornya di kepala?
     a)  Ayam
     b)  Sotong
     c)  Gajah

4.  Banyak-banyak haiwan, haiwan apakah mata, mulut, kaki dan perutnya terletak di kepala?
     a)  Arnab
     b)  Kutu kepala
     c)  Ikan

5.  Banyak-banyak singa, singa apakah yang suka berpura-pura?
     a)  Singa Laut
     b)  Singapura
     c)  Singa lapar

2 comments:

  1. Cikgu, betul tak jawapan saya ni.

    1. Buku Lali
    2. Tali Perut
    3. Gajah
    4. Kutu Kepala
    5. Singapura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul, mungkin tidak...kita tunggu jawapan daripada kawan-kawan lain ye..

      Delete