Kelas Pemulihan Tuna Harapan

Selamat datang

Terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.. Semoga segala bahan dan maklumat yang dipaparkan dapat dikongsikan bersama.

Membimbing

Juga dapat membimbing anak-anak dalam menguasai kemahiran membaca dan mengira.

Perkongsian

Jika anda ada sebarang pertanyaan, cadangan atau komen membina, bahan-bahan atau maklumat yang berkaitan, sila hantarkan ke alamat email berikut: surayapgsr@gmail.com

Murid dibimbing, bukan diasing

Sayangilah kami, bimbinglah kami . Berilah kami peluang belajar membaca, mengira dan menulis.

Blog Didik Cemerlang

Jadikan blog didikcemerlang.blogspot.com blog pendidikan untuk anak anda.

Friday 20 July 2012

Masalah Disleksia

Apa itu DISLEKSIA?

     

          

”Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”
                                                (World Federation of Neurology ,1968) 



Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.  Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.  Kanak-kanak ini juga  mempunyai keupayaan intelek yang normal.
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.  Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami, mengeja dan mengira.  Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.



Ciri-ciri kanak-kanak disleksia:

Kanak-kanak Pra Sekolah
·         Lambat bercakap
·         Sukar membunyikan perkataan atau rima
·         Bermasalah dalam menulis nama sendiri
·         Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
·         Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadian

Kanak-kanak yang bersekolah
·         Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
·         Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
·         Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
·         Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
·         Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
·         Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
·         Cenderung hilang peralatan sekolah.


Masalah yang mungkin dialaminya
  •  Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  •  Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  •  Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
  •  Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  •  Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
  •  Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
   
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan
Tiada ubat untuk sembuhkan disleksia.
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein).
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi.  Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.





Tuesday 17 July 2012

Pengamatan


Amati gambar dibawah. Apakah yang anda lihat?








DEFINISI PENGAMATAN

“Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.”
                                                                                                             (Mohd. Salleh Lebar, 1995)


PROSES PENGAMATAN

Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun “dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat.



Apa yang menyebabkan proses pengamatan tidak berlaku? Di antaranya ialah:
i. Gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan).
ii. Keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit.
iii. Kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.


JENIS PENGAMATAN


Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan ‘apa yang dapat dilihat dengan mata’. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia.

Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama, iaitu:
4.1 Pengamatan Auditori
4.2 Pengamatan Visual
4.3 Pengamatan Kinestetik-Tactile



Sumber:  Bahan kursus PGSR kertas PKP 3104.








Uji Minda 2

Mari Jawab Teka-Teki Ini......!


1.  Banyak-banyak buku, buku apakah yang terletak di kaki?
     a)  Buku lima
     b)  Buku lali
     c)  Buku kerja

2.  Banyak-banyak tali, tali apakah tidak boleh dilihat?
     a)  Tali kasut
     b)  Tali guni
     c)  Tali perut

3.  Banyak-banyak haiwan, haiwan apakah ekornya di kepala?
     a)  Ayam
     b)  Sotong
     c)  Gajah

4.  Banyak-banyak haiwan, haiwan apakah mata, mulut, kaki dan perutnya terletak di kepala?
     a)  Arnab
     b)  Kutu kepala
     c)  Ikan

5.  Banyak-banyak singa, singa apakah yang suka berpura-pura?
     a)  Singa Laut
     b)  Singapura
     c)  Singa lapar

Uji Minda 1



Mari Uji Minda Anda! 




1.            Guna kepintaran anda untuk menyambungkan titik-titik berikut dengan cara 4 kali gerakan untuk menyambung 9 titik berikut:












2.        Berikut nombor 1 – 9, dengan menggunakan 2 kali gerakan petak dan susun semula nombor 1 – 9. Pastikan setiap petak akan menyamai jumlah 15. Selamat mencuba.
Langkah 1 :





1
2
3
4
5
6
7
8
9









3.    Seekor gajah melalui sebatang titi dan titi tersebut patah. Kemudian lalu pula seekor kambing hendak melalui titi tersebut. Soalannya, apa pula yang patah?







4.           Apa bezanya jatuh pokok dengan jatuh kolam?






5.          Anda suka memanjat pokok. Jika anda memanjat pokok atas bukit, pasti anda menyaksikan pemandangan yang menarik. Tetapi bila kura-kura memanjat pokok pula, apa yang dia nampak?

Monday 9 July 2012

Ciri-ciri Murid Pemulihan

Ciri-ciri seorang murid pemulihan dapat dilihat berdasarkan aspek-aspek berikut:


A)  Emosi dan Tingkah Laku
· Perasaan rendah diri.
· Selalu sedih dan hiba.
· Cepat bosan dan jemu. terhadap pelajaran
· Takut akan perkara-perkara baru.
· Pasif.
· Malas dan degil.

B)  Sosial
· Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas.
· Suka mengganggu kawan.
· Lemah dan kurang interaksi dengan kawan.
· Gemar menghisap jari atau menggigit kuku.
· Selalu tidak hadir ke sekolah.
· Hyperaktif.

C)  Kesihatan
        · Lemah tubuh badan dan kurang zat makanan.
        · Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang.
        · Masalah penglihatan yang terhad.
        · Lemah gerakan moto kasar dan halus.
        · Kesihatan sering terganggu.
        · Kurang menjaga kebersihan diri.

D)  Kesediaan Belajar
· Belum bersedia untuk belajar.
· Kurang perbendaharaan kata.
· Lemah pemahaman.
· Kurang keyakinan diri.
· Kurang matang.

E)  Pengamatan
· Tidak kenal saiz, warna dan bentuk turutan.
· Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
· Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
· Lambat mengkelas benda.
· Tidak dapat menyelesaikanmasalah.
· Tidak kreatif.
· Susah mengingat kembali.
· Lemah pergerakkan dan perbuatan.





Monday 18 June 2012

Selamat datang

Terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.. Semoga segala bahan dan maklumat yang dipaparkan dapat dikongsikan bersama.. Juga dapat membimbing anak-anak dalam menguasai kemahiran membaca dan mengira. Jika anda ada sebarang pertanyaan, cadangan atau komen membina, bahan-bahan atau maklumat yang berkaitan, sila hantarkan ke alamat email berikut: surayapgsr@gmail.com