Kelas Pemulihan Tuna Harapan

Friday 20 July 2012

Masalah Disleksia

Apa itu DISLEKSIA?

     

          

”Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”
                                                (World Federation of Neurology ,1968) 



Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.  Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.  Kanak-kanak ini juga  mempunyai keupayaan intelek yang normal.
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.  Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami, mengeja dan mengira.  Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.



Ciri-ciri kanak-kanak disleksia:

Kanak-kanak Pra Sekolah
·         Lambat bercakap
·         Sukar membunyikan perkataan atau rima
·         Bermasalah dalam menulis nama sendiri
·         Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
·         Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadian

Kanak-kanak yang bersekolah
·         Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
·         Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
·         Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
·         Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
·         Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
·         Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
·         Cenderung hilang peralatan sekolah.


Masalah yang mungkin dialaminya
  •  Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  •  Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  •  Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
  •  Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  •  Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
  •  Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
   
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan
Tiada ubat untuk sembuhkan disleksia.
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein).
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi.  Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.





0 comments:

Post a Comment