Kelas Pemulihan Tuna Harapan

Monday 9 July 2012

Ciri-ciri Murid Pemulihan

Ciri-ciri seorang murid pemulihan dapat dilihat berdasarkan aspek-aspek berikut:



A)  Emosi dan Tingkah Laku
· Perasaan rendah diri.
· Selalu sedih dan hiba.
· Cepat bosan dan jemu. terhadap pelajaran
· Takut akan perkara-perkara baru.
· Pasif.
· Malas dan degil.

B)  Sosial
· Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas.
· Suka mengganggu kawan.
· Lemah dan kurang interaksi dengan kawan.
· Gemar menghisap jari atau menggigit kuku.
· Selalu tidak hadir ke sekolah.
· Hyperaktif.

C)  Kesihatan
        · Lemah tubuh badan dan kurang zat makanan.
        · Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang.
        · Masalah penglihatan yang terhad.
        · Lemah gerakan moto kasar dan halus.
        · Kesihatan sering terganggu.
        · Kurang menjaga kebersihan diri.

D)  Kesediaan Belajar
· Belum bersedia untuk belajar.
· Kurang perbendaharaan kata.
· Lemah pemahaman.
· Kurang keyakinan diri.
· Kurang matang.

E)  Pengamatan
· Tidak kenal saiz, warna dan bentuk turutan.
· Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
· Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
· Lambat mengkelas benda.
· Tidak dapat menyelesaikanmasalah.
· Tidak kreatif.
· Susah mengingat kembali.
· Lemah pergerakkan dan perbuatan.





2 comments:

  1. Tahniah atas kejayaan penghasilan blog ini. Perbanyakkan bahan yang boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Harap blog ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

    ReplyDelete